Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm

Sila pergi

14th april 2012  , 11:54pm




Hello kepada yang baru mula nak membaca.
Aku perasan kebelakangan ini, sudah semakin ramai yang aku unfriend di muka buku. Mungkin kau rasa ini kebudak budakkan tapi bagi aku, unfriend di muka buku bermakna unfriend juga di dunia realiti. Mereka yang aku unfriend ini bagi aku tak patut wujud dalam hidup aku. Ada pun tak berguna. Menambah serabut otak. Jadi tanpa ragu ragu aku click button itu.


Orang pertama yang mampu pecah rekod itu adalah seorang kawan. Kawan, bukan sahabat. Dia yang katanya konon sangat jujur, tapi di sebalik tirai yang tertutup penuh dengan dusta. Yang mampu menikam kawan dari belakang. Jadi apa perlu nya dia?


Yang terbaru dia yang aku sangka mampu membahagiakan. Tapi andaian itu terlalu awal. Hanya kurang dari sebulan, tetapi terlalu banyak makan hati. Tak mampu melupakan bekas kesayangan, itu katanya. Jika tak mampu melupakan, kenapa perlu memberi harapan pada orang lain? Tambahan pula ketika masih in relationship dengan aku, boleh senang hati bersayang sayang di dinding muka buku kau. Bagi aku itu perbuatan biadap. Jauh sekali hormat. Mungkin terlalu kasar, maaf didahulukan tetapi orang tak berpendirian dan tak pandai menjaga perasaan orang macam kau tak patut ada dalam hidup aku. Cepat datang dan cepat pergi. Terima kasih aku ucapkan.


Kadang kala mereka yang aku tekan button itu, bukan ada salah apa. Cuma aku tak mahu tahu perkembangan mereka yang terbaru. Yang jika tahu mampu merobek hati. Jadi lebih baik tak tahu. Bukan begitu ?


Hidup ini terlalu pendek untuk disia sia kan. Bukan tak sayang mereka yang aku lepaskan pergi, tapi aku lebih sayang hati yang ada dalam diri ini yang mereka tak hargai.




|Ada masa aku rindu, tapi kau sememangnya tak layak untuk tahu.





p/s : Tak perlu rasanya baca blog aku dan kemudian mengutuk di dinding muka buku. 
You make me sick :)