Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm

Sharing is not caring.

18th April 2012    11:20pm



Selamat malam eberibadi.
Bahang final exam makin terasa. Dengan asignment yang berlambak, quiz yang datang berduyun duyun, subject yang nak catch up buat aku terasa nak demam balik. Kadang kala bukan cuaca saja yang boleh jadi punca, tekanan perasaan dan persekitaran juga mampu. Sebab itu makin dekat final exam, kita rasa makin banyak dugaan yang datang. Aku namakan sebagai saat kritikal. Itu yang biasa terjadi pada aku. Hampir setiap semester. Ada saja.


Macam mana nak handle, itu terpulang pada dalaman kita sendiri. Pada cara kita menangani emosi kita. Keluarga dan kesayangan, selalu menjadi penyebab. Adakala nya aku terasa lega sebab aku bersendirian. Banyak sebenarnya cabaran dalam menjaga satu hati lagi, lebih lebih lagi dalam perhubungan jarak jauh. Pheww, seriusly memang sakit. Bila gaduh, confirm tak boleh nak study. Confirm buku buku semua terabai. Dan cukup confirm takkan mampu nak tumpu perhatian pada final exam. Aku tahu kerana aku juga pernah lalui. Dan hasilnya cukup memeritkan. Yang si cinta hilang, masa depan juga hampir tenggelam.


Mungkin aku salah seorang yang tidak layak punya dua benda dalam satu masa. Aku perlu pilih mana yang aku betul betul perlu. Dan aku pasti aku sangat perlukan masa depan aku kerana si kesayangan takkan mampu bertahan lama seperti mana masa depan. Pelajaran yang bakal menentukan di mana aku bakal berada selepas bumi Muadzam ditinggalkan. 




 |Bukan orang saja mampu membahagiakan, alam di sekeliling kita juga mampu




p/s : If you're mine, you're only mine. Soul, heart and body. I dont like sharing fyi :)

No comments: