Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
24th July 2011


Stalker atau nama melayunya penghendap .

Selain daripada kerja utama aku sebagai pelajar uniten, aku ada jugak kerja lain nak dibuat iaitu menjadi penghendap yang terhebat. Entah kenapa aku suka sangat stalker orang kann. Maybe sebab takde kerja dah nak dibuat kot expecially bila terpaksa berhujung minggu dekat Muadzam tersayang nie.


Dua sebab aku suka stalker orang
  1. Nak tengok macam mana life dia. Yela kadang kadang pengalaman bukan datang daripada apa yang kita lalui je, daripada life orang lain pun kita boleh ambik pengajaran.
  2. Sebab dia sangat menarik , tertarik dan memang d'bomb lah. Kadang kadang aku layan tengok yang handsome je. Tengok macam mana dia dress up, rambut dia. Kot kot lah boleh copy and paste ke. HAHA :D

Ciri ciri orang yang aku suka stalker
  1. Kacak dan cun melecun. Haha standard lah. Cuci mata kann
  2. Orang yang suka gaduh gaduh dalam facebook nie. Bukan nak cakap ape la kan, tapi korang kelakar doe. Semua nak tunjuk hebat, semua nak tunjuk besar. Happy aku tengok korang gaduh nie. HAHA *macam setan tak ayat ?

Siapa yang ada hobi menjadi stalker tegar nie mesti setuju dengan aku. Kan kan ? Tapi kalau tak setuju pun sukahati kau lah, kisah pulak aku.


Okey, cakap pasal stalker nie kan, baru tadi aku usha pasal blog seorang rakan facebook aku daripada beribu ribu yang ada dalam list nie. Aku dah cakap beribu ribu , kalau kau nak terasa jugak kau boleh pergi mam lah . Dia cerita pasal kawan kawan sehidup semati dia yang kononnya sanggup bersusah payah demi dia. Okey cerita tue tak ada kena mengena langsung dengan aku sebenarnya tapi bila tengok salah seorang manusia dalam picture dia tue, aku hanya mampu gelak je lah.

Kenapa aku gelak? sebab kawan dia tue entah ye entah tak akan ada dengan dia time dia susah. Bukan nak cakap apa tapi sumpah dia tue annoying. Memang aku tak kenal hati budi dia, tapi 2 kali aku jumpa dia face to face dah cukup untuk buat hati aku benci dia. Instinct benci aku memang kuat dekat dia. Entah kenapa, nampak je muka dia aku rasa, haihhhh. Dah la bajet hensem, kerek, buat gaya macam hotstuff gila tapi sebenarnya macam hampeh. Budak gath kan, memang aku jarang sangat join, tapi sekali pergi je dah buat aku rasa annoying *bukan semua macam tue. Ada je yang perangai okey.

Ex gila aku pernah cakap, aku takde life, takde kawan hanya sebab aku tak join gath . Duhh, get a life la dude. Mentaliti kecik doe kau nie, EX . Sebab hidup kau dah dekat situ je, kau nak assume orang lain macam kau lah ? Masa tue aku diam je, malas nak lawan cakap kau tapi sebenarnya dalam hati aku dah tergelak besar punya. HAHA. Loser.

Nie pendapat peribadi aku sendiri dan benda nie aku tak tujukan untuk siapa siapa. Bukan nak cakap aku anti gath, tapii haih. Susah nak cakap. Mungkin aku rasa macam dah cukup tua kot nak join benda benda macam tue.

|I dont speak much, but I have an eyes to replace my mouth


 

p/s : Kalau ada pendapat, suarakan. Kalau tak nanti orang cakap kita takde perasaan :)

6 comments:

Safinaz Eurieqa said...

hey budak stalker...patut la mata ko warne tu kan..ish3..hehe..btw..ko suka stalker org kan..ramai gak org suke stalker ko...kikiki

efie said...

aah antara y ramai2 tue kau la salah sorangnye kann , haha tau dahh :D

Safinaz Eurieqa said...

kang aku x stalker...ko tacing2 lak...ehehi..aku tau sgt dah ko tu..manja..ahahaha

efie said...

ala biar la. aku manja dengan orang yang aku sayang je :D

anoynymous said...

gath to natang pe weyh..~ perlu ke join gath 2 hv a life?? hotak dia.. ahahaha!

efie said...

gath tue gathering la doe. yang kumpul ramai ramai tue. haha. bese ar smua org ade pendapat dorang sndri kann. biarkan dia bersma labu labunya :P