Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
27th July 2011           2:14am



Terlalu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar dalam masa tak sampai sebulan lagi aku dah nak final exam. Teringat saat saat macam nie semester lepas. Aku masih dalam keadaan kritikal , keadaan yang semua benda aku nak cuba hanya untuk melupakan. Mental yang sakit disaat hampir final membuatkan keputusan peperiksaan aku hancur berderai. Peristiwa yang sama juga berlaku pada keputusan SPM aku. Diranapkan oleh orang yang sama.

Bukan untuk menyalahkan dia seratus peratus tetapi dia antara penyebab terbesar. Entah kenapa. Mungkin betul tak semua benda yang membahagiakan itu baik untuk kita. Kadang kadang bahagia membuat kita lupa. Membuat kita alpa. Dan kesakitan itu datang untuk menyedarkan kita.

Disaat keputusan semester lepas aku keluar, siapa yang berada di sisi untuk menenangkan ? Bukan orang yang aku sayang. Tapi orang yang menyayangi aku. Di saat aku gusar dan resah siapa yang tetap berada di sisi ? Tetap bukan orang yang aku sayang. Tetapi mereka yang aku lupa semasa aku di awangan, terbuai buai di bawa mimpi indah.

Orang yang ikhlas menyayangi kita takkan membawa kita ke jalan mati, malahan memimpin ke arah kejayaan biarpun tak membawa apa apa kebaikan pada dia. 


Jika bahagia itu melalaikan, aku tak ingin rasa bahagia dan jikalau kesakitan itu mampu membawa kesedaran dan kejayaan, biarkan aku sakit selama lamanya.


 |Mula melangkah bukan lagi untuk orang yang aku sayang,
tapi orang yang sayangkan aku.



p/s : Kelas pagi esok. Overdose minum oldtown, tak boleh tidur.



2 comments:

Safinaz Eurieqa said...

hahhhh!!..minum lagi banyak2...campur nes dan coffee skali..minum2...degil punya budak...

efie said...

campur nes dgn coffee eh ? cunn. kalau aku mabuk t aku slahkan kauuuu :P