Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
22th July 2011





Hati sebenarnya sangat sukar ditilik. Mana mungkin dengan hanya sekali pandang kita boleh mengetahui ape yang tersirat di hati seseorang itu. Di balik senyuman yang dipaparkan, mungkinkah dia sedang bersedih, mungkinkah dia sedang kecewa, siapa yang tahu .

Cinta sejati menerima apa adanya, mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan. Datangnya perasaan itu adalah daripada lubuk hati yang paling dalam.

Di antara dua orang yang sedang berkasih, pasti akan ada yang akan menyayangi seseorang lebih daripada pasangan nya . Pasti juga akan ada yang memberi lebih daripada pasangannya. Sudah lumrahnya sebegitu. Dan sudah pastinya apabila sudah terlebih memberi, mereka yang akan merana dan merasa sakit yang lebih. Entah kenapa walaupun sudah ditinggalkan lebih daripada dua bulan tanpa khabar berita, tetap juga hati yang satu ini degil untuk terus berpaut.

Orang yang benar benar menyayangi takkan meninggalkan orang yang mereka sayangi walau atas apa sebab sekalipun. Disebabkan sayang yang terlalu, hati tetap tak sanggup meminta kata putus walau telah parah luka di dalam. Kata hati, aku rela andai dia yang memberi kata putus, tapi takkan sesekali aku yang meminta dilepaskan. Wahai manusia, memahamilah, aku terlalu menyayangi .


Okey, Ini tak ada kena mengena dengan aku.

Entry ini ditulis khas untuk seseorang,
 seorang sahabat seorang senior dan seorang kakak bagi aku.
Aku faham perasaan kau. Aku terlebih dahulu pernah merasa. Diharapkan kau tabah menghadapi. Aku sentiasa berdiri di belakang kau untuk menahan andai kau tak mampu lagi berdiri.

Sahabat,
 Jika aku jumpa jalan , tak akan kubiar kamu sesat mencari jalan pulang.


|In my life, I want nothin' but you.


p/s : Salah satu tips menangani perasaan sedih ialah makan aiscream banyak banyak. Ikot tips aku nie tau, confirm kau tak aneroxia dah. Muahaha :D



I used to have my brokenheart, but Im glad time is helping.
Almost cured, thank god :)



2 comments:

safi_annas said...

ish3....siapa lah kawan ko ni..aku cnfirm dia akan makan aiscream banyak lepas ni..lg2 kalo ko blanja..ahahaha

efie said...

haha, aku belanja eh. boleh je. nanti kita makan aiskem mlysia eh. sedap sikit. kau nak berapa , 5 ? boleh je. tpi kau kne blnje aku jugk ar. aku nak cornetto 10. on ? muahaha :D