Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
29 Oct 2013    1.55am




Some people are just meant to stay in your heart, not in your life.


Kadang kadang quotes mat salleh ni sebenarnya ada betul. Ada sebilangan orang kekal berada di hati kita, kekal di dalam ingatan kita walaupun hakikatnya dia dah tak ada dalam hidup kita. Bukan bermaksud tak boleh moved on, tapi bermaksud kehadiran dia mendatangkan impak besar yang ditakdirkan untuk masuk dalam hati dan kekal selamanya di situ. 


Untuk orang yang hanya berpegang pada satu macam aku, pepatah patah tumbuh hilang berganti memang tak boleh diguna pakai. Bagi aku bila dah patah memang patah. Bila dah hilang tak mungkin boleh berganti. Mungkin akan ada yang baru. Lumrah hidup manusia yang memang sentiasa akan bertemu orang baru, memang akan ada yang lain. Tapi takkan sama dengan yang dah hilang.


Admire orang memang aku senang. Suka lagi la. Pantang nampak yang comel. Tapi untuk betul betul masuk dalam hati, payah. Cerewet sangat kot? Nak cari yang sempurna mungkin? haha tapi takde orang yang sempurna dalam dunia. Diri sendiri pun rabak sana sini, lagi nak cari yang sempurna. Aku tak mencari orang sempurna, tapi aku cari orang yang selesa bersama. Tak malu nak gelak tayang gigi nampak gusi aku. Tak malu nak bercerita apa apa. Tak payah nak tapis perkataan bila nak memulakan cerita. Pendek dan panjang kata, takde had dalam menjadi diri sendiri.


Kuantiti tak penting. Apa yang penting kualiti. Biar ambik masa yang lama, cuma jangan tersalah pilih. Dulu masa dengan first love aku, aku perasan aku tak menjadi diri sendiri. Aku awkward. Aku pendiam. Aku serius. Tak macam masa aku dengan orang yang selesa, mental, banyak cakap, suka mengusik. Bukan tak sayang, sayang tapi silap dekat situ mungkin sebab aku cover sangat. Mungkin tak matang sikap lagi masa dulu kot. 





p/s : Well.. I can talk like anything with my room-mate. Anything like just anything. Without boundaries. Sometimes benda merepek repek ikut seselamba hati ahahahaha




No comments: