Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
23 december 2012    11:24pm



Muadzam again. Sekejapnya masa berlalu. Sepatutnya cuti sampai selasa tetapi kerana tanggungjawab kepada assignment dan final exam yang dah nak hampir sangat, terpaksa lah balik awal. Rela tak rela je nie. Hati berbelah bahagi sama ada nak ikut family pergi holiday Cameron atau balik Muadzam dengan incik brother. Last last tersidai dekat sini jugak aku. 


About 1000meter to reach Muadzam, ada excident motor dengan kereta. Baru sangat jadinya, I think just about 5minutes early. Nampak budak motor tu terbaring tepi jalan. Memanglah naik terus bulu roma aku. Tak pandang langsung, kot kotlah ada tangan tercabut ke, mata terkeluar ke, memang aku pengsan terus kalau nampak citer dia kan. Incik brother berhenti jugak tepi, nak tolong katanya. Aku kat dalam kereta menggeletar. Memang tak hilang lagi rupanya fobia aku dengan motor since excident masa sekolah dulu. Alhamdulillah, tak teruk sangat budak tu. 


Motor selalu jadi mangsa keadaan. Kereta nak u-turn tak pandang kiri kanan. Macam aku la tu. Nak reverse cepat sangat, lupa nak tengok cermin belakang. Nasib tak terlanggar orang. Cuai. Mata dah empat, rasa macam nak kena tambah lagi empat baru nak nampak kot. Benda dah jadi depan mata ni, semoga saya yang menaip ni dapat pengajaran la. Dan semoga mereka yang sedang bercuti di Cameron tu jangan lupa belikan saya strawberry. sobs sobs *cedih hahaha lol




"You're my kryptonite. You keep making me weak, frozen and can't breathe..."






No comments: