Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
23 Oct 2012  12:21pm




Manusia dan perspektif mereka.
Menilai orang tu benda yang mudah. Tipu lah kalau kata kita terpandang orang yang agak pelik sikit pemakaian dia, takde terdetik sikit pun persoalan dalam kepala. Mesti ada kan. Antara ayat ayat penilaian,
"Kenapa dia pakai macam ni?" "nak bajet hot la tu" - Contoh. Betul, first impression itu sangat penting. Tapi apa yang kau nampak hanya luaran.


Adakalanya pandangan manusia ni sangat annoying. Jujur kata lah, mata aku suka liar memerhati. Lagi lagi dekat tempat tempat yang ramai orang. Di samping memerhati, mesti lah kita menilai kan. Kalau dalam 10 orang yang aku judge, tapi bila aku dapat kenal, boleh kata 10 10 orang tu, apa yang aku fikir perangai mereka pada pandangan pertama, salah. Kebanyakkannya bertentangan.


Kata pun manusia. Lagi lagi untuk mereka yang seperti aku ni. Orang yang memandang cepat sangat menilai. Sok sek sok sek. Terutamanya lelaki. Aku dan lelaki sangat susah nak get along, berkecuali kepada beberapa orang lelaki yang aku selesa lepak sekali. Itupun boleh dikira dengan jari. Berkecuali juga kepada si abang kandung. Walaupun bukanlah abang paling best dalam dunia, kadang2 annoying jugak, he's still an example for a guy I want in my life one day.


Back to the topic, tengok gambar berdua sikit, nak kata itu couple. Nak buat tuduhan sembereno. Nak kata berdosa. Nak kata itu dan ini. Nak nasihat orang terdekat jangan berkawan terlalu rapat, takutlah kot kot terjatuh hati. Yang berkata tu, kau kenal ke tidak orang yang kau tuduh? Kalau tak kenal, sila jangan cakap. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata nasi jadi bubur. Bubur masuk dalam perut lepas tu perut pun sakit. Bila dah buang, apa pun tak boleh.


Akhir kata, selamat menyambut hari raya aidiladha. Maaf zahir dan batin.









2 comments:

kIwI said...

selamat hari raya jugak efie.

efie said...

;))