Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
6/08/2012   11am




Marah adalah api. Api adalah iblis. Begitulah keadaan kita marah, semua tindak tanduk, kata-kata yang keluar dari mulut dihambur keluar tanpa berfikir terlebih dahulu. Jiwa bagaikan dirasuk. Apa yang kita tahu, perasaan marah tue mesti dikeluarkan. 




Tapi pernah tak terfikir orang yang kita marah tue? Apa akan jadi dengan hubungan kita dengan dia selepas tue? Pastinya renggang. Pastinya akan timbul rasa tak selesa dan awkward. Pastinya hubungan baik tue takkan jadi seperti sebelum itu walaupun selepas meminta maaf. Maaf bukan pengubat semua benda. Boleh ucap, mungkin diterima. Tapi parut yang ada dalam hati? Ingat senang nak tolak tepi macam tue je?




Apalah salahnya cakap elok elok. Tolak ansur. Bukan fikir kau je yang betul. Salah sendiri yang besar gajah tak nampak, tapi salah orang sebesar kuman kau tau nak hukum je. Bagi aku tak ada salahnya kita minta maaf walaupun itu bukan salah kita. Apa ada dengan ego? Minta maaf bukan bermakna meletakkan maruah kau di kaki dia. Minta maaf tanda kau cukup dewasa untuk berfikiran matang, dengan waras. Tanda pertelingkahan masih boleh dielakkan.




Kenapa aku tulis entry marah di pagi yang hening nie? Kerana sekarang nie aku sedang marah. Marah yang meluap luap yang aku tak sanggup nak hamburkan depan muka orang tue. Maaflah blog, hanya kau yang aku ada.







No comments: