Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
22nd August 2012/ 4syawal  2:41pm



Selamat hari rayaaaaaa !
Maaflah kerana tak berkesempatan sangat nak bukak blog masa raya raya nie. Raya ke-4 nie baru lah free sikit. Tak ada nak pergi raya mana mana sangat. Yang penting bebas daripada baju kurung. Tiga hari berturut turut okey kena pakai baju kurung. Almaklumlah, dah besar nie perangai kena behave sikit. Tak boleh nak suka hati je pakai apa yang aku nak. Nie bukan rumah sendiri. Banyak mata yang memerhati. 



Jadi di kesempatan yang ada nie, aku nak minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki jika ada terkasar bahasa dan terkasar perbuatan, yang annoying, yang menyakitkan hati, perangai yang suka cari pasal, yang terdengki. Itu semua hanya spontan. Percayalah, semua tue bukan datang dari hati. Tambahan pula kepada mereka yang rapat. Lagi la aku tak jaga perangai. Maaf maaf maaf, seribu kali maaf. Aku hanya manusia biasa. Andai mampu, dalam satu hari aku nak jadi orang lain, pergi jumpa diri aku sendiri. Mesti aku sakit hati sendiri tengok perangai aku yang boleh kata bongok nie.



Dan andai diberi kesempatan, aku taknak hilang walau seorang pun mereka yang pernah hadir dalam hidup aku selama 21 tahun nie. Semua yang terjadi bukan satu kesilapan. Aku hilang mereka kerana salah sendiri, juga kehendak takdir. 



Akhir kata, selamat hari raya maaf zahir dan batin. Ilebiu ollss *lambai2 tangan lol


|Aina and I

|Hanis, me and Aina

|Wan, Me and Nanun

|cousin'ssss



p/s : Gambar raya ke3. Gambar berbaju kurung macam malu sikit nak letak. haha Kbai.





1 comment:

Nor Ain Rusli said...

baru na tgok pix brbaju kurng.. heheheee..
btw salam lebaran kwn...
jom lepak sini jap :)
http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2012/08/gembira-sedih.html