Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm

9th August 2011 / 9Ramadhan    3:28am




Entah kenapa semakin berbara rasa rindu dalam hati nie. Rindu tempat kelahiran, rindu rumah, rindu kawan kawan dan rindu semua yang berkaitan dengan home sweet home saya. Semalam pun kredit habis semata mata untuk message dan call family. Kalau nak berbuka puasa pun, yang pertama ada dalam kepala nie mesti, kan best kalau aku ada dekat rumah sekarang. Kan best dapat melepet depan tv tengok Jejak Rasul *entah ada lagi ke tak tue kan. Kan best kalau dapat tengok Ibu masak *walaupun tak berapa nak menolong sangat. Kan best kalau aku tak terperuk dekat hutan nie sambil tengah struggle untuk final exam. Kan besttttt *erghhh


Tapi biasa lah. Tak semua yang kita nak tue kita akan dapat. Lumrah alam, yang kita taknak tue lah yang akan diterima. Belajarlah hati untuk menerima apa adanya. Semua tue kan ujian, lebih lebih lagi dalam bulan puasa nie. Selangkah kaki menapak untuk mencari ilmu, ada ganjaran dan pahalanya. Lebih lebih lagi kalau kita ikhlas. Aku nie dah lah amalan ciput je. Dosa menggunung mengalahkan kLcc, bila lagi lah nak jadi baiknya kan.


Ahad nie dah start final. Paper microeconomics ( ECMB 223 ) memulakan pertarungan. Okey, aku tak suka micro. Graf sana graf sini, berselirat kepala otak aku tengok. Kena la mencari tuk guru untuk menuntut ilmu kann. Tak sabar nak habis exam, tak sabar nak pack barang kemas kemas bilik untuk cabut daripada Muadzam nie, tak sabar nak rasa puasa dengan family, tak sabar nak carik baju raya *plan nak pakai jubah tahun nie, cumel kan ? :D, tak sabar nak ho ho balik kampung, tak sabar untuk semuanya.


 
Okey okey excited sungguh dah nie. Over cheq nooo. Sabar sabar jangan plan sangat. Kang tak menjadi kang. Insyaallah semoga final exam nie berjalan dengan lancar dan aku selamat sampai ke rumah.


|Family & friends


*Al-fatihah untuk makcik yang telah kembali ke rahmatullah pada petang 7Ramadhan yang lepas. Tiada ada yang dapat disampaikan kecuali bacaan Yassin dan Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman, Amin.



p/s : Kalau diri sendiri dah teruk, jangan nak sibuk nasihat orang. Loya aku baca. Sekali aku benci orang, sampai mati aku benci. Aku doakan semoga dibukakan pintu hati kau nie, sedar sikit dimana kau berpijak. Hutang wajib dituntut, aku mencari hak aku balik. Semoga Yang Maha Esa membantu.

2 comments:

safi_annas said...

paling suke part jubah tu...suke sgt3..hehe..BTW..gud luck exam k..^_^

efie potter said...

cumel kan cumel kan ? aku tau :P