Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
7th July 2011     8:43pm


Hidung tak mancung, pipi tersorong sorong. *Ingat apa keter sorong ? haha :D

Apa guna merayu pada yang tak sudi ? Hidup ini singkat, hidup ini pendek. Apa yang terjadi semua ada hikmahnya. Cuma kadang kala hikmah itu tidak kelihatan, hikmah itu ada tanpa kita sendiri sedar kerana kita asyik meratap pada yang telah berlalu. Sedarlah, pandang pada sudut yang positif. Tunjukkan pada mereka kita mampu hidup tanpa mereka, walaupun mereka pernah menjadi segalanya pada kita. 

 Kadang kala dalam hidup ini bukan semua yang kita inginkan, akan kita miliki. Hidup masih terlalu panjang untuk diterokai. Masih terlalu ramai orang akan kita kenali pada masa akan datang. Malah mungkin akan kita temui yang lebih baik pada masa hadapan. Hidup bukan berkenaan dengan cinta semata mata. Tabahla kerana hanya dengan ketabahan dan kekuatan kita mampu meneruskan kehidupan dengan senyuman dan dengan penuh kegembiraan.

Simpan kesedihan itu jauh di dalam lubuk hati. Biarkan ia terkubur di situ. Lambat laun pasti ia akan terhakis menjadi kenangan tak bertanda.

Semalam adalah sejarah, hari ini adalah kenyataan dan masa depan adalah impian. Sejarah akan sentiasa menjadi sejarah, takkan mampu untuk kita kembali ke masa yang lepas. Maka tumpukan pada kenyataan dan impian. Jika masih bersedih dengan sesuatu yang telah berlalu, tanamkan dalam diri bahawa kita sudah melakukan yang terbaik dan tiada apa yang perlu dikesalkan lagi. Mereka yang tidak menghargai itulah yang rugi kerana tidak pernah menghargai apa yang mereka pernah miliki.



P/s : Masih tak dapat menerima kenyataan diri ini telah berusia 20tahun dan 4hari.
Haha, tuanya kitaa :D





No comments: