Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
6th July 2011    7:20pm



Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Manusia buat kesilapan. Kita tak sedar apa yang kita cakap dekat orang orang sekeliling kita kadang kadang menyakitkan hati orang tue, melukakan hati dia, menjatuhkan air mata mereka. Hanya dengan kata kata,  persahabatan yang dahulunya rapat, mampu bergurau sakan, kini bagaikan saling tak mengenali.

Bukan kata aku ini malaikat sehingga tak pernah melakukan salah apa apa pada kau. Tapi cara kau membalikkan salah itu pada aku sungguh menyakitkan. Jika hanya kerana aku menumpang/menggunakan kemudahan kau atau meminta pertolongan kau, kau mengungkit, Insyaallah aku berjanji selagi aku hidup takkan sesekali aku pandang apa yang kau ada.

Maaf ? Mungkin boleh diucapkan. Tapi bagaimana mampu kertas yang tercoret untuk kembali seperti asalnya yang dahulu cantik dan elok ? Mungkin kerana masih terselit sedikit perasaan sakit hati , masih tersimpan perasaan dendam membuatkan aku tak mampu memaafkan. Kenapa aku begitu terasa. Kenapa sehingga mata ini membengkak hanya disebabkan kau, seorang sahabat. Jawapannya kerana aku sayangkan kau. Sayang yang sehingga aku tak mampu lagi berpura pura.

Kau tiada arah usaha untuk berjumpa aku membetulkan salah faham kita . Kau kata ini masalah kecil , kau kata kau malas walhal kau mampu menghantar dan mengambil rakan kau di kawasan yang sama aku duduk setiap hari. Untuk apa aku memperbetulkan jika kau sendiri tiada usaha. Jadi aku menganggap persahabatan kita tiada nilai dimata kau. Tiada makna di mata kau







2 comments:

safi_annas said...

fie...i told u already..jgn kuarkan post yg sedey2...
btw...tabah adalah kunci kepada segalanya..sentiasa ingat yang tuhan ciptakan kita didunia ni pasti ada sebabnya..jadi tiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..
Yakinlah apa pun yg berlaku, Yg Maha Esa sentiasa ada dengan ko, dan juga mak ko serta kawan2 yg sentiasa ada untuk ko..
be happy ya dear sis..

efie said...

tak sedih punn. tapi sikit tue ade la. haha. Iloveyouuuuu sis <3 , thanks sebab slalu ada dekat side aku :)