Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
9th July 2011    12:25am



Okey I think Im in love with my own blog.
Yela, tak ada orang nak sayang kan, kita sayang blog kita je lah. *haha, ingat cumel sangat la buat ayat cmtu ? :P
 Hari hari benda paling awal aku bukak blogger dulu. Baca balik apa yang aku tulis, kot kotla ada serupa orang syok sendiri, ada ayat ayat yang terpoyo ke , bajet bagus ke kan. Entah kenapa ramai yang cakap blog aku sedih. Sedih atau menyedihkan ? Ejaan yang lebih kurang tetapi mempunyai maksud yang berbeza. Kalau nak tau apa yang berbeza pandai pandai sendiri tanya sama itu incik yang paling berpengetahuan luas iaitu incik Google.



Apa yang aku catatkan di sini semuanya datang dari sudut hati yang paling dalam *chewah. Tak ada langsung sebarang copycat ataupun copydog. Kalau ada pun, disertakan serta dengan link dimana datangnya plagiarism itu.

 |speak when you angry or else your anger will ate your soul alive


Entah kenapa sejak kebelakangan nie, mood aku macam lain sikit. Terasa macam semua benda menjengkelkan aku atau dalam erti kata lain annoying. Tengok status orang tue sikit, hati dah panas. Yela , mana taknya gaduh sikit dengan balak dah buat status sedih , jiwang, maki hamun bagai. Tapi esok lusa dah inrelationship balik. Bodoh, annoying la sial. Bukan aku stalker kau sangat, dah keluar dekat wall aku baca lah. Lepas tue berkoyan koyan lah dosa aku dapat sebab mengutuk kau kan.


Okey itu satu. Yang kedua aku paling pantang kalau aku tengah ada problem kau boleh suruh chill. Kau tak payah nak bajet cool sangatlah nak suruh aku chill. Ingat hebat cakap camtu ? Bikin aku lagi panas adalah. Aku fikir kau kawan je, kalau tak memang dah selamat aku sembur.



Ahah, yang nie memang tahap gamma punya annoying. Status aku single bukan bermakna aku available, boleh muat tangkap muat je sesiapa. Aku layan je semua orang tapi bukan bermakna aku berminat dengan kau. Jadi silalah sedar. Jangan mintak nombor atau kata "I suka you" tiba-tiba. Aku rasa nak muntah time time tue jugak. Okey yang nie bukan aku syok sendiri atau bajet good good macam hot sangat je ramai nak suka aku. Tak langsung ! Just bagitahu. Bukan taknak terima, tapi loya tiba tiba.


|manusia dianggap kuat bukan kerana kekuatan fizikalnya,
tetapi kekuatannya mengawal kemarahan

Yang keempat, okey aku memang suka promote blog aku aku dekat wall, group and so on. Selagi boleh promote memang aku promote. Aku suka orang baca blog aku, aku suka orang comment pasal blog aku tak kisah la mengutuk ke, puji ke. Tapi tolonglah kalau kau dah follow, jangan nak suruh aku follow kau balik. Aku tak pernah paksa pun kau follow blog nie. Aku just cakap "kalau rasa blog aku bagus, sila follow. Tapi kalau blog aku macam sampah, sila abaikan". Kalau blog kau best, aku sendiri pandai pandai click follow. Tapi kalau isinya macam haram, tak dapekla kan. Kalau ada antara mereka yang aku follow lepas diminta, itu sebab aku taknak kecilkan hati kau bukan sebab aku suka baca cerita kau.


 Okey tak boleh nak banyak banyak. Nanti kau pulak yang mengutuk aku kaw kaw. Dapat dosa free je nanti.Ceritanya bukan nak bajet aku hebat sangatla menulis/blog aku best sangatla kan, tapi sekadar luahan hati.


Bukan ditujukan kepada sesiapa, tapi umum semata mata. Kalau ada yang terasa, maaf saya dahulukan. Entah kenapa rasa menggelegak je darah nie, nak peod kot. haha :D



P/s : Esok futsal tournament. Wish me luck guys! *Nebes nebes

2 comments:

E.I.S.S.E.J. said...

aku suka u la ..... hahahahahahah !!!

efie said...

haha, pun bolehhlaa :D