Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
20 September 2012 / 1am



".......Semuanya telah berakhir, antara diriku dan dirimu.
Takkan ada rindu seperti yang dulu" - Ungu



Sedap halwa telinga yang satu nie. Bakal menjadi salah satu lagu kegemaran. Daripada aku keluar rumah nak pergi jogging, sampai aku dah balik lagu nie je aku keep play. 


Okey aku jogging. Semua orang sila bawak bertenang. Sila jangan terkejut *lol. Aku nak turunkan sikit berat badan aku. Tambah tambah lagi, ni haaa si buncit kat perut nie. Memang dah jadi six pax versi lemak lemak dah nie *sungguh nightmare


Rindu. hmm. Pernah rasa? Tipu kalau cakap tak pernah. Aku tahu seronoknya rasa rindu ni jika yang dirindui ada dan membalas rasa rindu tu. Tapi kalau tak? Rindu yang bertepuk sebelah tangan? Rindu kepada bekas bekas si cinta hati? Pernah tak rasa perit dan sakit dia?


Aku tak suka ada rasa rindu tue. Kalau rasa macam ada tanda tanda dia nak datang aku akan cepat cepat alihkan perhatian. Tengok movie ke. Yang penting tutup facebook kerana facebook adalah segala punca. Rindu tak berbalas ni boleh buat air jernih mengalir tiba tiba. Tiba tiba yang kita sendiri tak sedar bila dia mengalir. Sila pegang dada bila terasa rindu sebegini. Kau akan rasa betapa sakitnya dada kau. Sakit yang terasa nak pecah.


Cara terbaik nak elak sakit sorang sorang sebegini ialah jangan biarkan kepala hotak kau menerawang. Jangan terlalu ambil berat pasal orang. Dan sila belajar cara merelakan. 






"Cinta terpisah ruang waktu, tetap cinta bersatu dalam hatiku.
 Walau raga kita tak mungkin bersama, kuyakini hati kan tetap setia"



p/s : Seorang sahabat baik dah terbang balik ke negara tempat dia menuntut ilmu. Aku mula rindu. Yang termampu aku beri hanya doa. Titipan doa untuk orang yang aku sayang.





No comments: