Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
19July2012   7pm



Aku ini lembut. Jika kau hanya pandang pada luaran dan terus menilai, kau salah. Aku lembut dan aku sukakan kelembutan. Kelembutan bukan bermaksud lembut segala galanya macam sotong. Tetapi daripada cara percakapan, daripada ayat dalam menegur perbuatan, dalam membantah mahupun cara bertanya. Aku senang jatuh pada mereka yang punya ciri ciri ini. 


Tak kira lah macam mana ciri fizikal mereka. Cantik itu subjektif. Ada orang kata gadis itu cantik, mungkin yang lain pandang hanya biasa biasa saja. Begitu juga untuk lelaki. Untuk orang yang baru kita kenal, kita akan nilai dia dari segi luaran. Muka dan cara berpakaian. Bukan begitu? Tapi bagi aku, kalau muka ada rupa tapi perangai kasar, cara bercakap macam rempit, memang turn off. Itu pendapat aku. Keselesaan itu penting.


Dan disebabkan orang sekeliling aku banyak yang ada ciri ciri sebegitu, maka crush aku keliling pinggang. *lol . 





p/s : Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa yang akan menjelma beberapa hari lagi.




2 comments:

O.R.A.N.G.E said...

salam ramadhan kwn

efie said...

salam ramadhan juga ;)