Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
27th april 2012    11:37pm




Hello people. And again, im all alone through this weekend. Housemates semua menghilang entah ke mana. Mungkin untuk melegakan tekanan jiwa bagi menghadapi exam final yang dah tak sampai seminggu je lagi. Aku pulak, tetap lah dimana aku berada sekarang. Takut nak exam sampai aku nak berada hampir dengan buku buku je. Tak daya nak berjauhan. Bukan bermakna aku study hard gila babi. Tak tak. Cuma taknak berjauhan. Facebook tetap facebook, dan twitter tetap twitter *lol.


Kadangkala manusia nie suka tak menghargai apa yang ada depan mata kan. Rata rata yang aku pandang, yang aku perhatikan, begitu lah. Bila ada, buat dontknow. Bila dah hilang baru nak terkejar kejar. Mengharapkan peluang kedua katanya. Macam worthless pulak rasa. Kenapa tak hargai bila dah ada peluang? 


Mungkin ada suara mengatakan apa salahnya diberikan peluang itu. Manusia bukannya sempurna. Ada masa tersilap langkah dan tersalah pandang. Itu betul tapi bagi aku, peluang kedua hanya memberikan orang lain sekali lagi untuk pijak kita sama macam dia pijak hati kita semasa pertama kali dulu. Pertama kali dah rasa sakit, kenapa perlu nak rasa lagi ? Sayang punn. perlu bertempat. Biar sakit sekejap daripada sakit setiap masa. 


Sebab itu aku rasa pelik dengan orang yang putus sambung putus dan kemudian sambung lagi. Bagi aku itu ibarat nak gam balik cermin yang dah pecah bersepai. Sanggup biar jari terluka dalam tempoh nak gam balik cermin tue. Tak kira lah pakai gam gajah sekalipun, cermin tue takkan balik kepada yang asalnya. Betul tak ? 


Hati nie memang, kadang kadang tak kuat nak hadapi. Ada masa jari gatal je nak call, message tanya khabar. Sihat ke tak. Tapi akal dan fikiran yang waras cepat bertindak. Kalau dulu diri tak dihargai, kenapa perlu bersusah payah nak ambil tahu pasal mereka lagi. Tue sama lah macam merendahkan diri kita sendiri. Ada masa harga diri tue perlu tinggi sikit. Tetap dengan pendirian. Jangan bagi orang ingat kita nie murah sangat. Bila bila rasa nak , boleh datang. Bila bila taknak, boleh buang. Boleh blah okey. Sila blah.






Anyway, tengok gelagat orang nie memang seronok. Aku suka memerhati. Kadang kadang aku stalker. Kadang kadang aku pandang. Sebab tue bila someone cakap dia suka orang tue atau pun orang nama, walau tanpa sebut nama, aku dah boleh agak. Best kan? haha. Thats why kalau nak study, aku tak boleh pergi library. 5jam duduk situ, hanya setengah jam aku betul betul study. Selebihnya pandang orang.





No comments: