Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
20 Mac 2011       9:18pm



Hello guys.
Lama gila kan aku tak update blog ? Makin lama makin malas menulis. Bukan setakat malas menulis je, belajar pun malas. Apa yang rajin ? okey makan aku rajin. 


Sekarang nie makin menjadi jadi kes culik dan kehilangan remaja. Dulu kes acid, dah reda sikit muncul pulak benda lain. Kenapa eh orang sekarang makin lama makin gila ? Makin lama makin tak berperikemanusiaan ? Kes culik yang terbaru, dekat Kuantan sekarang. 

 

Siti Nur Fatihah - hilang berhampiran rumah semasa nak membeli topap. Berusia 15 tahun. 15 tahun okey. Sebaya dengan adik aku yang bongsu. Umur sama pun dah cukup buat aku rasa seriau. What if benda tue jadi kat family aku ? Nauzubillah, mintak dijauhkan. Yang second latest pasal adik Nadhira dekat Johor tue. Motif culik dan bunuh? sebab dendam. Budak sekecil tue sanggup dorang bakar dan bunuh dengan kejam? Mana pergi sifat kemanusiaan ?


Sekalipun benda tue bukan terjadi dekat kawasan berhampiran rumah aku, tapi orang gila memang berada di mana mana sekarang. Adik adik aku perempuan, bukan lelaki. Kalau lelaki mungkin lah aku kurang sikit risau sebab kebanyakkan kes culik nie melibatkan perempuan.


Dan untuk mangsa, sama sama lah berdoa semoga ada sedikit sifat baik dalam diri penculik tue dan semoga mangsa selamat ditemui. Harap keluarga mangsa tabah dan sama sama doa benda nie tak jadi dekat keluarga kita mahupun orang yang terdekat dengan kita. Amin.





No comments: