Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
7th February 2011     1:53am




Kadang kadang masa berlalu terlalu cepat tanpa kita sedar. Bagaikan angin lalu. Bagaikan sekelip mata. Cerita aku bermula masa aku anggap diri aku masih mentah. Sekarang bukanlah besar sangat, cuma pengalaman sememangnya mendewasakan. Jumpa seorang ini beberapa jam sebelum spm bermula. Terlalu cepat memberi hati, tanpa sedar padah menanti di hadapan. 


Aku mempunyai satu masalah. Tak ramai yang tahu. Hanya orang tertentu. Aku manusia yang berpegang pada satu. Satu untuk segala galanya. Apabila aku suka sesuatu benda, hanya satu itu yang aku akan pegang dan pakai. Contohnya macam jam. Satu jam tangan untuk suatu masa. Sepasang kasut untuk semua aktiviti. Satu simcard yang aku tak pernah tukar sejak lapan tahun yang lalu, satu tali pinggang untuk semua seluar. Satu untuk semuanya. Bukan tak mampu, cuma hati tak berminat. Jika barang tue ada banyak sekalipun, aku akan pakai setiap masa hanya yang aku suka. Apabila aku sayang pada satu itu, hanya itu yang aku mahu. Mungkin masalah itu juga sama seperti aku dengan manusia. Complicated nya menjadi aku. 


Seorang yang aku jumpa masa zaman sekolah, zaman semasa berumur 17tahun masih menghantui aku yang kini hampir berumur 21. Degilnya hati yang satu. Bukan taknak melepaskan, tetapi masih dirasuk ketidakpercayaan terhadap orang lain. Dendam, marah, semua menjadi satu. Dan satu itu masih melekat.


Happy aniversarry myself. 
This day, a year ago thought me something that I wont forget for the rest of my life.





p/s : I aint funny, I aint good looking, I aint perfect, Im just being me.
Not pretending nor fake. Me :)






No comments: