Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm

Erti bahagia bagi aku.

17 december 2011    6:56pm




Selamat petang awak awak yang baru mula nak membaca entry baru nie. Hujan turun agak lebat jugak kat luar tue. Badan aku pun dah mula nak panas panas nie disebabkn asyik terkena hujan je. Yea antibody aku boleh dikatakan lemah sebenarnya sebab aku pantang kena hujan, confirm terus demam. Sadis kan ? aku tau. 


Baru baru nie aku suka sangat pergi dengar ceramah motivasi. Entah, mungkin sebab aku nak memberi motivasi sikit dekat diri aku, supaya kalau ada problem datang berduyun duyun macam ketapi pun aku tak mudah nak down. Tak mudah nak menyerah kalah. Tak mudah melatah. Kadang kadang aku rasa macam aku nie kaunselor tak bergaji ada jugak. Bila ada kawan kawan yang bercerita kat aku, takkan aku taknak dengar pulak kan. Standard lah bila dah stay jauh daripada family, kawan je lah yang kita ada. Untuk curah suka dan duka. Jadi aku rasa perlu ada nya ilmu tue, bukan untuk diri aku je, malahan untuk orang keliling aku. 


Dalam satu ceramah tue, penceramah tue ada bertanya. Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup kita nie? Apa sebenarnya orang orang yang ada nama seperti Nelson Mandela, Mahatma Gandhi malahan Ibu bapa kita juga cari dalam hidup nie ? Jawapan dia ialah *ceteka ceteka. haha. Okey seriusly, jawapannya ialah BAHAGIA. Dan apa maksudnya bahagia tue ? Jawapan personal aku ialah bahagia aku apabila family aku bahagia. Orang keliling aku bahagia. *sounds a bit cliche, but thats from my bottom heart :)


Sebagaimana penceramah tue yang juga pengerusi kepada sebuah rumah anak anak yatim yang mana kebanyakkan ialah pesakit aids berkata yang dia ingin hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi demi manusia lain, begitu juga aku. Aku nak hidup aku macam tue juga. Demi orang lain, bukan kepentingan aku sahaja. Tetapi bukan juga untuk orang lain ambil kesempatan atas apa yang aku tawarkan. 


Serius cakaplah, aku tak sebaik mana pun. Seorang ustaz *taktahu lah betul ke ustaz pernah cakap dengan mak aku yang nama aku je cantik, mempunyai maksud yang baik tetapi perangai aku mengalahkan makhluk yang bertanduk dua *faham faham sendiri okey. Betul aku tak baik pun. Tapi tak baik aku tue mudaratnya hanya pada aku sahaja. Bukan pada orang lain *hopefully.


Walaupun macam tue, aku nak hidup aku yang mendatang nie penuh dengan benda yang baik. Semua orang harap macam tue kan, bukan aku sorang je. Dan apa yang aku harapkan semoga suatu hari nanti, aku mampu jadikan diri aku bagai pohon yang rendang, agar insan lain dapat menumpang teduh , InsyaAllah :)







p/s : Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya,
 dan bukti ilmunya ialah ucapannya




No comments: