Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm

Tidur tak selalunya lena.

6th disember 2011





Pernah tak kau rasa mengantuk sangat tapi bila kau padam lampu dan pejam mata, kau tak dapat nak lena malahan otak terus terusan bekerja dan mula mengingati satu persatu perkara yang kau nak lupakan ? Mesti pernah kan. Seksa sungguh perasaan tue. Dan nie lah yang tengah aku rasakan sekarang. Pukul 9 tadi dah mengantuk sangat. Padam lampu, pejam mata. Magic , sebaik lampu dipadam rasa mengantuk terus hilang. Mula lah terfikir itu terfikir ini. Tak tahan, bukak lampu balik pergi hall tengok Criminal Mind. Habis, rasa mengantuk kembali. Ingat dah boleh tidur, sekali lagi padam lampu dan pejam mata. Magic berulang. 


Tak tahu kenapa, aktif sungguh otak aku malam nie. Penat jiwa dan raga aku nak menghalang otak daripada menyalurkan kembali segala memori kesilapan , peristiwa memalukan, benda menyakitkan daripada teringat balik. Haha. Benci bila terjadinya malam malam macam nie. And lastly I end up here, infront of my lappy facebooking, and twittering and blogging. Dan kemudian ternampak pulak gambar sorang manusia yang memang bila nampak muka dia, darah aku rasa macam meluap luap. Haila, rasa macam suey sungguh tengok muka kau nie.


Hutang taknak bayar, tapi spent money dengan perempuan tue kau takde hal pulak ? Penat aku menahan sabar. *nasib aku memang tergolong dalam golongan orang yang mempunyai kesabaran tinggi. Haha bajet sungguh. Ahh sukahati lah. Aku bukan pendendam, tapi dengan kau aku tak mampu nak memaafkan. And orang macam kau bukan orang yang layak nak dimaafkan. 




p/s : I need sweetdream 




No comments: