Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm

lirik yang berkata.

9th November 2011   12:22am




Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada -
*
Mungkin setiap kata kata yang kau ucap adalah palsu. Tapi bagi orang yang menyayangi, setiap patah mempunyai maksud yang tersendiri. Yang jika dilakukan akan terasa betapa dekatnya orang tersayang dengan dirinya. Walaupun mungkin dia tiada lagi bersama


Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi -
*Terasa betapa kecewanya hati apabila teringat segala janji dan kata kata manis yang kau taburkan tanpa dikota. Terlalu cepat masa berlalu, bagai mimpi yang datang sepintas lalu.



Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah -
* Perkara yang baik akan kekal di sisi, manakala yang buruk akan berlalu. Aku anggap dengan pemergian kau, pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin aku terlalu sayang, tetapi perkara yang sudah berlalu, biarkan saja pergi. Aku pasti akan ada pengganti yang lebih baik di masa akan datang :)





p/s : Jiwang disaat saat tengah menggelabah esok ada midterm malam nie baru nak study. haha *mampos




*Aku percaya setiap orang yang pernah menyayangi seseorang sepenuh hati pasti
akan mendengar lagu nie berulang kali.
Kerana aku juga sama. Lirik yang sangat bermakna.
Yang mengungkap setiap apa yang aku rasakan.

No comments: