Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
4th August 2011    6:30am


Alhamdulillah baru lepas bersahur sekejap tadi. Walaupun hanya dengan secawan milo 3 in 1, harap harap dapatlah bertahan sehingga matahari terbenam nanti. Malam tadi dah la makan dua kali nasi. Masa berbuka makan nasi tomato, lepas balik terawih makan lagi nasi putih dengan ayam goreng. Pheww, tak dapat dinafikan aku semakin kuat makan sekarang nie. Bukan melantak yea, makan :P Roommate muchuk pun cakap , even badan aku tak naik, pipi aku yang makin naik. Aww, chubby ! Yela pipi naik, jerawat pun bergumbira nak naik, entah apa yang turun pun aku tak tahu

Cinta. Datang tidak dijemput, pergi juga tanpa dihalau.
Datangnya membawa kebahagiaan, seharian bersama dirasakan bagai sepintas angin berlalu. Makan tak kenyang , tidur tak lena, dan mandi tak basah. Hanya dia yang bermain di mata. Biar seribu orang memperkatakan yang buruk buruk tentang dia, tetapi di mata kita dia lah yang terbaik. Dia lah yang paling sempurna, dan bersama dia lah kita ingin menghabiskan usia.

Betul lah kata pepatah,
andai cinta jangan terlalu kelak bakal membawa padah.

Perginya cinta membawa seribu macam penderitaan. Jika tidak dirasa, tidak mungkin tahu bagaimana peritnya, bagaimana sakitnya. Sehari berlalu tanpa dia terasa bagaikan setahun. Terlalu lambat masa berjalan. Mengubati bukan boleh sembuh dalam masa sehari dua, bahkan mampu sehingga bertahun tahun. Tetapi kehidupan harus diteruskan. Walau sepenting mana pun dia pada kita, walau pernah mulut berkata tanpa dia kita tak mampu hidup, andai telah sampai masa percaya lah kita mampu mengharung segala rintangan.

Tuhan takkan memberi penderitaan pada kita andai kita tidak mampu. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Jika kita menyayangi, biarkan yang tersayang pergi mencari kebahagiaan dia sendiri. Hanya satu menjadi pegangan, jika sayang lepaskan. Andai benar dia juga menyayangi kita, dia akan kembali mencari kita. Jika tidak, biarkan. Cinta bukan paksaan. Apa guna dia bersama kita andai hatinya bukan lagi milik kita ? Insyaallah di masa akan datang, akan ada yang lebih baik datang membalut luka.

Tanamkan dalam hati, dia bukan untuk kita. Simpan segala kenangan yang pernah dilalui bersama jauh di lubuk hati. Kesat air mata, kuatkan semangat dan teruskan perjalanan. Masa masih panjang, akan terlalu ramai lagi orang akan kita temui. Hidup bukan hanya berdasarkan pada yang seorang itu sahaja.


|I wish my eyes could speak what my hearts speak for you.
Coz my lips can lie on what is true. My eyes couldnt coz even if close them
I could still see you


 

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.




P/s : Entry berlandaskan unsur islamik sikit. Yela bulan puasa kan. Insyaallah ada pahalanya walaupun diri ini tak sebaik mana :) Terima kasih pada yang request meminta saya menulis mengenai topik nie walaupun saya taklah sepandai mana dalam berkata kata *okey grrr terharu :P  dan pada yang sedang mengalami hati yang luka, lagu yang sedang berkumandang di blog saya ini untuk anda , armada cinta-bob :)

2 comments:

cikk messy ^^, said...

terimakasihh tunaikan request . tp entah lahh . kata-kata memang senang kan ? =.=

efie said...

kata kata memang senang tapi saya tak kan menulis kalau saya tak pernah rasa :) sama sama cik messy :)