Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
11th August 2011 / 11Ramadan



Kalau kita sebagai kawan, tengok kawan baik kita berpasangan dengan seseorang nie bukan kerana sayang tetapi hanya dengan niat untuk mempergunakan dan mengambil kesempatan, apa agaknya yang kita akan buat eh ? Back up kawan kita tue walaupun tahu dia salah ? Back up hanya dengan alasan kononnya setia kawan ? Kadang kadang terasa macam ditelan mati emak diluah mati ayah pulak. Yela, tengok couple dia tue macam sayang gila je kat dia. Apa pun sanggup buat hanya untuk dia. Pergi kesana kesini hanya untuk yang tersayang. Simpati sangat aku yang melihat nie.


Sesiapa yang tak pernah kena main mungkin takkan tahu apa rasanya, bagaimana sakitnya, bagaimana kecewanya bila tahu orang yang kita sayang tue hanya nak mainkan kita. Bila aku tengok raut wajah couple dia bila bersama dengan dia, ternampak kebahagiaan terpancar dekat muka dia tapi hakikat sebenarnya ? Semua tue hanya palsu semata mata. Terasa macam hati aku pulak yang sakit. Terbayang macam mana aku dulu bila tahu hakikat yang sebenar.


Tetapi biasanya orang orang macam nie, kalau kita bagi tahu perkara sebenar dekat dia pun dia takkan percaya. Yela bila dah sayang tue, semua yang kita nampak dekat dia semua baik baik je. Tue lah apa yang aku maksudkan sebagai cinta yang buta. Cinta yang membutakan mata bagi orang yang terlalu sayangkan pasangan dia sampai yang buruk buruk semua dia tak nampak. Cara terbaik untuk sedarkan orang macam nie ialah biar dia yang tahu sendiri kebenarannya. Biar dia nampak sendiri dengan mata yang Ilahi beri, biar terbuka hati untuk menerima hakikat yang selama nie dipenuhi dengan rasa cinta yang membuak buak.


Kadang kadang orang bercinta nie tak nampak apa yang kita nampak. Segala yang buruk yang ada dekat pasangan dia yang kita yang hanya sebagai rakan nie pun nampak, tetapi dia yang rapat gila, tak nampak. Pelik kan? Jangan kita rasa kita couple dengan dia, kita dah cukup kenal dia luar dan dalam. Itulah pentingnya sifat curiga dan berhati hati.


Untuk yang suka mempermainkan orang nie, terpulanglah korang nak buat apa pun. Cuma aku nak cakap, kadang kadang perasaan sayang yang terlalu tue, boleh bertukar menjadi benci bila terasa diri dikhianati. Jangan sampai orang berdendam takut nanti hidup korang tak tenang :)





It is very easy to hurt someone & then say “Sorry”,
 But It is really very difficult to get hurt & say “I am Fine”



5 comments:

cikk messy ^^, said...

ini yang messy alami sekarang . kawan2 semua kata dia bukan yang terbaik dan suruh lupakan dia . but , i know her . i know her very well . #i guess . so , it's really hard too faced this thing .

safi_annas said...

kadang2 bila kite dah tahu kebenarannya..kite sampai dah tak mampu nak marah sebab it will hurt ourself more..so..just pretend like nothing happend dan biarkan masa memutuskan segalanya...dia akan hilang sikit demi sedikit dr hati..

efie potter said...

Cik messy :

seperti yang saya cakap, kadang kadang kita tak nampak apa yang orang lain nampak pada psangan kita. Mungkin betul dia bukan yang terbaik. Saya tahu susah nak berdepan dengan situasi skarang, tapi bertahanla. Cuba jadi kuat walaupun sbenarnya kita lemah. Bertahan :)

Iez : betul betul betul. Masa pasti mengubati.

cikk messy ^^, said...

insya allah . if i could , i will :)

efie potter said...

if you want , you can ! :)