Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
31th July 2011 / 31 Syaaban


Hari terakhir bulan Syaaban, bermakna akan masuk lah 1 Ramadhan. Cepat kan masa ? Nie tahun ke-3 aku tak dapat buka puasa dengan family dekat rumah. Sedih? sikitlah. Jangkaan puasa dengan family tahun nie adalah dalam 5 hari sebab aku balik lepas final exam , means terus semester break je la. Dahlah tengah homesick *okey tak sedih sikit, sedih banyak.

Macam puasa yang sebelum belumnya, setiap tahun sama je. Puasa *penuh, solat*kadang kadang, tarawih*adalah dalam 2 3 kali, mengaji *tak tentu . Sama je tak ada apa yang berubah. Umur semakin meningkat tapi amalan sama jugak. Aku mengaku aku tak la sebaik mana. Bukan yang baik, jauh sekali antara yang terbaik.

Tapi terdetik dalam hati, bila agaknya aku nak berubah yea ? Dalam hati dah tergerak, tapi lebih kepada segan sebenarnya. Nanti apa orang cakap, nanti mesti kawan kawan aku bahan, nanti mesti dah tak ada night life, nanti mesti kena jaga perangai, nanti itu nanti ini. Banyak alasan kan? Bila nak buat perkara yang baik ada je halangan atau berat je nak buat. Tapi cuba buat benda yang buruk buruk, perghh laju je kot. Tak ada nak fikir fikir dah.

Kadang kadang sedih juga tengok diri sendiri tak terurus macam nie. Bukan tak terurus dari segi pakaian atau nak cakap aku merempat. Tak. Tapi dari segi perasaan,jiwa, rohani, roh. Kesian badan aku, fizikal je dapat makanan, rohani ? Tak ada langsung.

Syurga di telapak kaki Ibu. Terasa nak jugak sejukkan perut ibu , tapi bila dah perangai aku macam nie nak sejukkan ape, panaskan ada lagi kot. Ada je perangai tak semenggah aku yang buat ibu risau. Bukan sengaja nak buat macam tue tapi entahla. Aku suka hidup bebas, tapi kadang kadang kebebasan tue tak bawak kemana pun. Last last nanti keluarga juga yang kita cari.



|Mulut takle blah. *haha :D


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan



Masih tercari cari arah. Apa yang aku harapkan semoga ramadhan kali ini membawa perubahan dalam hidup aku. Kalau pun bukan dari segi fizikal , dari segi mental insyaallah.




1 comment:

safi_annas said...

untuk berubah..apa yang diperlukan adalah hati yang kuat...untuk mencari diri sendiri mmg bukan sesuatu yang mudah...be strong sis!!..^_^