Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
24June 2011   1:04am


Mencintai tak semestinya memiliki
Bagaimana hari hari anda berlalu tanpa cinta ? Hidup ini tidak dapat lari dari cinta. Indahnya cinta itu apabila kita melihat seseorang yang kita cinta hidup bahagia walaupun bukan dengan kita. Kerana cinta itu bukan mempunyai kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si dia.

Namun dimana hendak kamu cari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi satu kekuatan. Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyayangi dirinya.

Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman dikala bersendiri. Walau begitu, tak dinafikan hanya kerana dia mahukan teman dikala bersendiri, dia pernah membuatkan aku cukup bahagia. Menghiasi dunia ibarat sebagai syurga. Mengajarkan aku erti kasih walau hanya sekejap cuma. Apa yang ingin aku ingati kini hanya kenangan yang paling indah pernah kau beri . Walau hati membantah keras, jiwa tetap berdegil. Aku tersalah dalam memberi kasih , dan ini akibat yang aku patut terima.

Kata kata yang aku curahkan di dalam diari tanpa kertas ini bukan untuk menarik kau kembali pada aku, hanya sekadar luahan rasa semata mata. Bahkan aku tak mahu kau muncul lagi dalam hidup aku walau hanya dalam mimpi. Tak mampu aku membahagiakan engkau, kerana itu aku menyerah. Aku biarkan kau pergi walau dendam menyala nyala untuk membalas. Aku rela kau jauh jika itu kehendakmu. Tak sanggup aku menyakiti orang yang pernah disayangi sepenuh hati walau hati ini sendiri dicincang sehingga lumat.

Kadangkala orang berkata adakah kita tiada rasa atau perasaan. Seolah memandang hina akan diri kita. Dalam menjejak mimpi yang dahulu hilang. Dan sebenarnya orang itu tidak tahu, kita masih ada harga diri yang tinggi. Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya mudah menerima sesiapa saja.



Ilham rasa daripada SINI




"...and dont you know Im not your ghost anymore
You lost the love I love the most

No comments: