Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
19 June 2011     12:32am


Seorang Ibu membawa erti yang terlalu besar bagi aku. Adanya Ibu membuatkan aku tak takut menghadapi dunia yang serba mencabar. Kata katanya walaupun hanya beberapa patah mampu menghilang semua ragu, menghilangkan semua masalah yang bersarang di hati.

Semua orang akan berkata Ibu nya lah Ibu yang terbaik di dunia. Begitu juga aku. Tiada orang lain yang paling memahami aku kecuali Ibu. Tak dinafikan aku anaknya yang paling bermasalah. Aku akui, aku bukan anak yang baik. Aku selalu merayap tak ingat dunia, overnight sana sini, tak dengar cakap, selalu buat benda benda tak menentu. Ibu juga paling tak suka aku keluar malam, tapi aku ? buat juga. Kerana bagi aku rumah membosankan. Tapi aku bersyukur, walau seteruk mana pun aku, Ibu masih ada untuk menjadi tulang belakang aku, menjadi pendengar setia aku, menjadi penasihat paling berjaya aku dan sangatlah memahami aku.

Walau aku berpakaian tak semenggah seperti yang sepatutnya, dia tak pernah marah. Katanya aku akan berubah seiring masa, seperti sepatutnya apabila aku makin dewasa. Walau dia pernah jumpa gambar aku bersama seseorang yang aksinya agak terlebih mesra ada di dalam Milk Teddy kepunyaan aku, dia tak pernah mengamuk sakan. Hanya kata kata nasihat yang diberikan. Tiada ayat makian , tiada apa.

Memang aku terlalu banyak mengecewakan Ibu. Sehingga apabila pointer dan pelajaran aku hanyut semester lepas, Ibu tetap tak menyalahkan aku. Katanya aku salah dalam memilih rakan. Aku terlalu mementingkan dia. Aku terlalu mengikut hati dan perasaan. Dan semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran pada aku. Ya, memang setiap apa yang aku lakukan/berlaku tak pernah menjadi rahsia walau aku cuba sorokkan. Aku pelik, tapi Ibu hanya kata "...Ibu tahu" .

Kadang kadang terasa sangat aku yang berperangai kebudakkan. Aku tak pandai menghargai apa yang aku ada. Entry ini bukan entry poyo semata mata. Walau semalam adalah hari bapa, dan apa aku tuliskan ini berkisar mengenai Ibu, pada aku tetap sama. Ibu juga adalah ayah bagi aku. *since Abah kerja jauh. Pelengkap hidup aku. Aku bertuah mempunyai Ibu yang memahami dan paling best di dunia :)





Selamat Hari Bapa , Ibu
Selamat Hari Bapa , Abah

2 comments:

safi_annas said...

selamat hari ibu efie..*tetibe kan..hehehe
aku just nak cakap, kau seorang yg sgt bertuah..ape pun yg ko lalui dalam hidup ko, yakin lah Allah x ciptakan diri hamba2nya untuk dipersiakan..percaya lah, kau akan menjadi seorang yg berjaya 1 hr nanti..^_^..

efie said...

asal wish kat aku lak nie ? ingt aku da de anak ke. haha. insyaallah, sumpah aku terharu ngn words kau nie. thanks kakak muchukk ! iloveyouuu lah