Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm

Badan naik.

2nd November 2011       10:12am



Bila sorang cakap aku makin chubby, okey takpe makan lagi. Dua orang, takpe makan lagi. Masuk tiga orang, okey dah start risau. Bila orang ke lima cakap, okey fine aku gemuk. Arghhh nak diett !


Lepas tue dah tak puas hati, siap cari gambar dulu dan sekarang lagi sebab nak tengok different aku yang dulu and sekarang. And then... ini lah dia


Kiri : Last week
Kanan : 5 6 bulan lepas

Nampak tak nampak tak ? Tue yang kat pipi tueeeee.
Chubby. Fine -.-"

Its sokey. Setakat gemuk je pun. Nak risau apa kan. Bukan tak boleh turun balik.
*Demmm !



Well jutaan terima kasih diucapkan kepada encik google kerana memberikan tips tips ini kepada saya. Saya dengan ini berjanji akan cuba mengikuti segala tips dengan sedaya upaya. *kononnya la. haha -.-" 

  1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
  2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.
  • Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.
  • Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.
  • Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
  • Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
  • Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
  • Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
  • Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
  • Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau… Sesekali Tidak Mengapa


Sekian, saya gemuk. Terima kasih.

No comments: