Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm

Engkau satu satunya

16th october 2011




Dalam banyak banyak perkara yang aku tak dapat maafkan adalah perbuatan yang kau pernah buat dan yang aku tak mampu untuk melepaskan adalah duit yang aku pernah beri atas nama hutang disebabkan pembohongan yang pernah kau sebut. Sumpah aku dah pernah cuba relakan, kononnya memaafkan tapi masih tak boleh. Tak sedikit walau hanya satu picisan aku memaafkan kau. Lagi lagi setiap kali aku membaca tulisan kau di tembok muka buku, memang cukup membuatkan aku rasa terbakar.


 Membara sangat dada rasanya lagi lagi yang berstatus mengenai duit. Kononnya orang hutang kau lah, orang nak pinjam duit kau lah, mampu pakai iphone, mampu makan itu ini di tempat mewah, mampu menanggung anak orang. Hebat sungguh sampaikan hutang aku yang tak seberapa tue kau tak mampu nak bayar. Satu je aku mampu katakan, kau sangat hipokrit. Dalam diri kau terlalu banyak personaliti sampai aku tak tahu dengan siapa aku bersama satu waktu dulu.


"Tiada penawar paling mujarab merawat penyakit hati seperti rasa amarah dengan memberi kemaafan secara ikhlas.."


Entah kenapa tak terdaya rasanya nak memberi kemaafan pada kau. Untuk membalas dendam rasanya itu bukan aku, malah menegakkan keadilan juga rasanya hati aku tak sampai hati. Satu kelemahan yang sangat besar kan ? yang sangat lemah.


Aku tak mampu nak maki maki kau, aku tak mampu nak cari kau, aku tak mampu nak berkasar dengan kau. Jadi cubalah guna sebaik mungkin kelemahan yang aku ada nie. Hanya blog kosong tempat aku meredakan darjah kepanasan hati. Bergembiralah selagi kau mampu. Dan aku kesal kerana hutang, kita masih terikat.




 


p/s : I dont think about you that much anymore, but everytime you cross my mind,
I still wish things didnt have to end this way.


No comments: