Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
20september2011 / 22syawal           4:49pm




Selamat tiba di Muadzam Shah tepat jam lapan malam semalam. Tiga minggu cuti, mak aihh rasa macam tiga hari je. Kenapa la Uniten tak buat cuti tiga bulan ke , empat bulan ke , kan seronok gitu. Boleh la aku kerja sampai lebam, tidur sampai lebam, lepak sampai lebam, kalau boleh nak semua lah sampai lebamm. *haha tak boleh blah. :D


Salah satu sebab aku suka kerja masa cuti semester walaupun cuti tue tak sampai sebulan sebab nakkan pengalaman *skema gila ayat. And of course main point dia sebab nak duit kan. Tue tak payah cakap lah semua orang sama je. Boleh penuhkan masa daripada duduk melepet je kat rumah and kenal dengan ramai orang. *sumpah budak budak situ best gila. Nak tahu aku kerja mane ?


|sini sini. haha :D


Semakin banyak yang aku belajar, semakin banyak kesilapan yang buat. Semakin ramai orang yang aku kenal, terasa macam makin naif rasanya. haha. Hidup. Bila kita rasa besar, sebenarnya ade orang lagi besar and lagi berkuasa daripada kita. Jangan rasa diri kita nie hebat sangat. Terlalu banyak lagi benda yang kita tak tahu dan tak jumpa lagi. Sebab tue aku suka kerja. Kerja memberikan kita pengalaman baru, dan pengalaman mengajar kita erti kehidupan.


|Pipi makin chubby. okey, jangan cakap pape :P


Terima kasih diucapkan kepada Ain Fatihah dan Anis Farizawati kerana mencarikan kerja part time dekat 7e nie untuk aku bekerja walaupun hanya untuk sepuluh hari. Juga kerana memberikan tempat tinggal kat rumah sewa korang sepanjang aku kerja, berjaya meyakinkan parents aku untuk aku stay dengan korang buat sementara waktu dan kadang kadang tolong masak untuk aku before aku g kerja.

|Jasamu dikenang.
Love love love koranglahh. haha :D





So, enough with semester break.
Welcome home unitenians !





No comments: