Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
15th August 2011/ 15Ramadhan



Di dalam diri setiap orang terdapat 1001 rahsia yang kita tak tahu. Bukan senang untuk membaca hati dan mengenali budi seseorang. Kadang kadang dah tinggal serumah bertahun tahun pun belum tentu kita boleh faham orang tue. Dan keadaan fizikal sama sekali tidak boleh dijadikan pengukur untuk menilai. Kalau daripada segi fizikal dia nampak kasar, tak semestinya dalaman dia pun kasar. Mungkin ada sesuatu yang ingin disorokkan. Apa hak kita yang hanya sebagai manusia biasa ini untuk menilai orang lain ?


Sekarang nie macam macam benda yang kita tak duga apa yang orang mampu buat. Kalau dalam hanya tak sampai beberapa bulan kau berkawan baik atau berpasangan dengan seseorang ini, janganlah mendabik dada cakap kau dah kenal dia sebab kau tak kenal dia langsung. Orang boleh berpura pura dan bermuka muka. Dengan orang tue macam nie, dengan orang nie macam tue. Zaman sekarang nie susah kita nak menilai mana yang jujur dan mana yang hipokrit.


Dua tahun setengah duduk berasingan dengan family dan hanya dikelilingi kawan kawan *bagi aku yang tak pernah duduk asrama , rasa macam dah cukup kenal dan masak dengan perangai manusia nie. Kawan kawan yang kita anggap rapat dan dah anggap macam adik beradik sendiri pun kadang kadang tue boleh mengata belakang kita. Hentam kita macam macam. Terasa macam culture shock pulak bila ada environment macam nie tapi lama lama dah biasa sendiri.


Kawan adalah yang terpenting bagi aku selepas keluarga. Kawan tue seronok tapi kenapa mesti dicemari dengan umpat mengumpat, tikam belakang, gaduh dan yang seerti dengannya ? Dunia. Bahagia lawannya derita. Sudah lumrah. Aku pun tak sempurna, dan aku tak mengharapkan mereka yang ada dikeliling aku juga sempurna. Cuma satu yang diinginkan, keikhlasan.







P/s : Jari gatal nak menaip tapi tak tahu nak tulis apa. Mungkin sebab otak dah penuh dengan formula formula and business.comm yang nak kena hafal kot. Haha, dua paper dah selamat. Tinggal lagi dua paper. Home, wait for me :D



*Sorry ayat tunggang langgang. Malas nak fikir. Haha tak tahu korang faham ke tak.
Tak faham buat buat faham je la eh :P

No comments: