Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
30th May 2011   10:43pm





Aku suka melukis, aku suka membaca, aku suka menulis.
Aku ibaratkan diri aku sebagai orang seni, dan kau patut tahu orang seni berjiwa halus
Jiwanya umpama kapas, yang jika dijentik boleh melayang mencecah bumi
Biarpun orang kata aku sensitif overboard, aku macam perempuan, aku jiwa halus, so what ? aku memang perempuan. Dan kau patut tahu
Aku amat tak suka dikasari atau dimarahi secara kasar.
Lebih lebih lagi jika aku dimarahi atas salah orang lain.
Juga jika orang meminta pertolongan secara memerintah.
Aku memang tak suka !
Malahan juga satu kelemahan apabila aku sendiri tak pandai meluahkan kemarahan
Bukan aku orangnya untuk menengking atau memalukan orang lain tambahan lagi kepada orang orang yang aku sayang.
Jadi caranya, simpan dalam hati, pujuk diri sendiri.
Makin lama simpan, hati makin parah.
Orang kata salah satu punca penyakit hati, apabila terlalu kerap makan dalam
Dan apabila tiba satu saat hati makin tak tertanggung, dia akan meletup sendiri.
Maka berlimpah limpahlah air mata mahal keluar hingga tak
mampu untuk berhenti ibarat air mata air.
Hati kata dia penat, tolong bagi ruang untuk dia bernafas

So moral of the story, aku dah bosan menjaga hati orang bila mana hati aku mereka campak campak, renyuk renyuk sahaja ibarat aku tak berperasaan. Aku dah penat. Jadi suka atau tidak, bagaimana mereka layan aku, begitu juga mereka akan dilayan.
Bukan bermakna aku tak sayang, tetapi bermaksud hati aku dah penat terluka.


p/s : Kadang kadang, maaf bukan pengubat semua benda. Aku benci bila aku kecewa, dan aku benci bila terpaksa berkasar



*Entah kenapa, entry ini sangat emo. haha :)








No comments: