Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
26th May 2011    2:59am




Cinta
Satu perkataan yang amat menarik untuk diperkatakan
sehingga aku yang single mingle nie pun suka sangat membicarakan tentang cinta.
Satu perkataan, yang hanya mempunyai lima huruf tetapi
 mengandungi maksud yang terlalu dalam.
Sukar untuk dirungkaikan melalui perkataan, hanya dapat difahami melalui pandangan mata dan dirasai melalui hati.


Orang tua tua kata, jangan bermain dengan api, kelak terbakar diri.
Tetapi aku kata, jangan bermain dengan cinta kelak merana diri.

Sakitnya dipermain cinta tak dapat diungkapkan melalui kata kata
Walaupun anggota fizikal seinci pun tak terluka, daripada mana datangnya sakit itu sehingga ada yang tak mampu untuk berdiri,
sehingga ada yang menangis siang malam tanpa henti ?
Hanya yang pernah merasai tahu betapa perit untuk melupa
Betapa susah
Betapa derita

Aku menulis bukan sekadar mendengar cerita
Aku menulis berdasarkan pengalaman
Aku menulis berdasarkan hati yang masih lagi terluka. Yang ada tikanya masih lagi mengalirkan darah.
Yang ada tikanya masih lagi sakit mencengkam dada
Kerap aku katakan pada diri, aku kuat. Aku mampu menghadapi
Aku tak perlukan seseorang untuk bahagia
Aku tak perlukan si sampah untuk memberi kasih palsu
Aku tak perlukan si hipokrit untuk tersenyum senang


Cinta yang tak ternilai adalah cinta yang sukar untuk diungkapkan.
manakala cinta yang bagi aku lebih jijik dan busuk daripada tong sampah Alam Flora adalah cinta yang senang diberi dan diungkap kepada sesiapa


Aku lepaskan kau kerana aku tak sanggup melihat kau memperbodohkan diri sendiri.
Aku lepaskan kau kerana aku tak sanggup melihat kau menipu sana sini.
Sejahat mana pun kau , aku pasti masa akan merubah .
 Semoga ianya menjadi kenyataan.


You used to be my everything,
but sadly our memory is only my dream.
Never meant to be true

Senyum tak perlu kata apa apa :))



p/s : Entry ini tidak berkaitan antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Kau nak perasan ? Sekali lagi, sila pergi M ! :D






No comments: