Updates:
Will turned 25 years old in 2 months. 21/5/2016 , 3.22pm
19th May 2011




Soalan yang selalu aku dapat, "kau kerja ke study lagi?"
aku akan jawab "study la wehh"
"kat mana?"
"UNITEN je"
*bangga


Well, nama Uniten memang besar.
Aku mungkin kelihatan bangga bila menyebut.
Tapi cuba kau try belajar kat sini .
Memang banyak kebaikan
Tapi bila kau dah jadi student dekat sini, kau akan tahu. haha
Cabarann. Silalah try masuk UNITEN Muadzam Shah. Ada bran ? :P

 
"Tetapi tak semestinya sesuatu keburukkan itu buruk bagi kita
dan tak semestinya sesuatu kebaikkan itu baik bagi kita..".
Dipetik daripada kata kata lecturer ISSB 232 ( Pendidikan Islam ), Uniten


Jadi, di sini aku senaraikan 5 keburukkan bagi aku sebagai pelajar di Muadzam Shah
  1. Hutan, tempat jin bertendang. Kadang kadang aku rasa boleh mati duduk kat sini. Mati akibat kebosanan sebab Bandar di hadapan nama Muadzam Shah hanya nama semata mata.
  2. Terlalu jauh dengan hiburan. Wayang, bowling, fast food even mamak pun, dalam mimpi la kalau nak cari dekat Bandar Muadzam nie sebab yang ada hanya kedai makan biasa yang menu menu nya dah jelak aku tengokk. uweekk
  3. Ahad/cuti umum. Hari cuti, yang kalau dekat klcc memang sesak habis. Tapi kalau dekat muadzam, terasa jugak lah macam bandar yang baru lepas kena serang dengan zombie kan. Seram oo lagi lagi untuk orang yang penakut. Aku takpe, aku berani. Muahaha
  4. Line. Dah kata pun Muadzam. Walaupun bakal diiktiraf sebagai bandar satelit , dan sudah agak maju dengan kehadiran dua traffic light, line phone mahupun tv selalu takde. Kesian kesian. Tekanan perasaan sungguh.
  5. Another one sebab abang aku ada kat sini. Sebokk je dia. Haha. takde kena mengena langsung kan ?
Tetapi jika difikirkan sedalamnya , aku datang sini untuk belajar. Untuk menuntut ilmu. Untuk menggenggam segulung ijazah. Untuk masa depan yang cerah.
Bukan untuk hiburan . Dan untung kiranya bagi mereka yang menuntut ilmu disini.
 Kita ada udara yang segar , kita ada hutan yang menghijau untuk santapan mata yang letih selepas belajar, dan kos hidup dekat sini pun tak semahal dengan kos hidup di bandar besar. Epal juice dekat sini pun baru Rm1.50 . Korang ada ? haha.




So moral of the story, saya setuju dengan Ustaz.
tak semestinya sesuatu keburukkan itu buruk bagi kita
dan tak semestinya sesuatu kebaikkan itu baik bagi kita.



Proud to be Uniten Muadzam Shah student :D




p/s : Entry yang agak skema disini. Boring sebenarnya. haha.
Going home tomorrow. Yeyy !






1 comment:

Wan Ayuni said...

Ayunyeee die ye ? Muahaha~